Majlis Daerah
Hulu Selangor (MDHS) mengadakan Program Wings Of KKB 2016: Selangor International
Birds Race yang berlansung pada 22-24 April 2016. Penganjuran adalah untuk
tahun ke 5 sejak penganjuran pertama pada 2012.
Resorts World
Genting sekali lagi menjadi penaja utama
buat bagi tahun keempat. Kolobrasi yang baik antara pihak MDHS dan Resort
Worlds Genting ini berobjektifkan memupuk kesedaran orang ramai amnya dan
pelajar sekolah khasnya kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti
memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat
Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta
pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi keindahan flora
dan fauna dan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pilihan bagi peminat
aktiviti memerhati burung dari dalam dan luar negara.
Penganjuran kali kelima
ini masih mengekalkan kategori sekolah, kategori terbuka dan fotografi. Seperti
tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan
memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori
terbuka, peserta perlu bergerak 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan
5 checkpoint Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu
Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World
Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung
pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud
yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk menjumpai pelbagai spesis
burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.
Berdasarkan
beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak pakar – pakar burung beberapa
spesis yang menarik menunggu untuk ditemui oleh peserta seperti Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking)
di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul) di
Taman Milenium, Little Cucko Dove
(Tekukur Api) di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered
Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai
Kedondong dan bagi kawasan Peranginan Genting pula pelbagai spesis burung
istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros
Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted
Barbet (Burung Takur Api), Red-headed
Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang
lain.
Masih mengekalkan
format pertandingan seperti tahun sebelumnya, penganjuran kali ini mengekalkan
Pertandingan mengenalpasti burung kategori sekolah yang akan di jalankan di
Kuala Kubu Bharu pada 23 April 2016 (Sabtu), manakala bagi kategori terbuka dan
IPT akan bermula pada 23 April 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 24 April 2016
(Ahad) di Awana Hotel Genting Highlands. Pihak penganjur juga mengekalkan
pertandingan fotografi burung kategori Profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti
sampingan yang dijalankan adalah pertandingan Explorace bagi kanak – kanak
sekolah.
Buat julung
kalinya, penganjuran kali ini memperkenalkan pertandingan lukisan burung yang
telah dijayakan bersama Persatuan Pelukis Perak. Pertandingan ini dibahagikan
kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan
Terbuka. Pertandingan ini telah menerima sambutan dengan menerima penyertaan
sebanyak 71 lukisan bagi ketiga – tiga kategori untuk di adili.
Bagi pertandingan
memerhati burung (birds race)
sambutan yang diterima amat menggalakkan bagi ketiga – tiga kategori iaitu
Terbuka, IPT, Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah. Bagi kategori terbuka, 21 kumpulan dan 11 kumpulan bagi
kategori IPT telah menyertai dan pada tahun ini penyertaan dari luar negara
turut diterima iaitu dari Indonesia, Kemboja, India dan Belanda. Bagi ketegori
Sekolah Menengah 31 kumpulan telah menyertai serta 28 kumpulan pula bagi
kategori sekolah rendah. Pertandingan fotografi burung pula telah menerima
penyertaan seramai 17 orang dengan penyertaan luar negara diterima dari
Singapura.
Bagi aktiviti
sampingan iaitu explorace, sebanyak 32 penyertaan diterima dari Sekolah
Menengah dan 19 penyertaan dari Sekolah Rendah. Penganjuran kali ini juga
melibatkan anak – anak istimewa dari Pusat Didikan Khas Daerah Hulu Selangor
melibatkan 6 kumpulan.
Penganjuran ini
akan diteruskan bagi tahun 2017 pada 21 –
23 April 2017 dan penambahbaikan akan terus dibuat oleh pihak penganjur. Keputusan
Pertandingan Wings Of KKB 2016 : Selangor International Birds Race adalah
seperti berikut:
Birds Race Kategori Terbuka
1. Nama Kumpulan : Indah Myna Jumlah
Spesis : 89
Dari :
Kuala Kubu Bharu
2. Nama Kumpulan : Trogon Crew Jumlah
Spesis : 79
Dari : Kuala Lumpur
3. Nama Kumpulan : Barbet Jumlah Spesis : 67
Dari : Kuala Lumpur
4. Nama Kumpulan : Sam Veasna Centre Jumlah Spesis : 67
Dari : Cambodia
Birds Race Kategori IPT
1. Nama Kumpulan : Kirik – Kirik Jumlah
Spesis : 50
IPT : Universiti Airlangga,
Indonesia
2. Nama Kumpulan : Striped Wings Birder Jumlah Spesis : 45
IPT : UPM, UiTM Kolej Pusrawi
3. Nama Kumpulan : Magpie Robin Jumlah Spesis : 43
IPT : PERHEBAT
4. Nama Kumpulan : PSIS 3 Jumlah Spesis : 34
IPT : Politeknik Sultan Idris, Sabak
Bernam
Birds Race Kategori Sekolah Menengah
1. Nama Kumpulan : Azam Birders Jumlah
Spesis : 30
Sekolah : SMK DHK, Kuala Kubu Bharu
2. Nama Kumpulan : Minivet Jumlah Spesis : 29
Sekolah : SMK Taman Desa 2, Rawang
3. Nama Kumpulan : The Eagle Jumlah
Spesis : 28
Sekolah :
4. Nama Kumpulan : Harming Bird Jumlah Spesis : 27
Sekolah : SMK KKB
Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1. Nama Kumpulan : Little Heron Jumlah
Spesis : 23
Sekolah : SK Taman Bunga Raya 2
2. Nama Kumpulan : Pikau Junior Jumlah Spesis : 21
Sekolah : SK KKB1
3. Nama Kumpulan : Scout Team Jumlah
Spesis : 20
Sekolah : SK Ampang Pechah
4. Nama Kumpulan : Rising Raptor Jumlah Spesis : 20
Sekolah : Home School
Bird Race Anak Istimewa
1. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (A)
PDK : Ampang Pechah
2. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (B)
PDK : Ampang Pechah
3. Nama Kumpulan : Burung Merak
PDK : Soeharto
Kategori Fotografi
1. En. Mohamad Zohairi (Batu Kawan, Pulau
Pinang)
2. En. Tan Gim Cheong (Singapura)
3. En. Md Zaki Bin Kosrin (Selangor)
4. Pn. Nor Akmar Binti Yacob (Georgetown,
Pulau Pinang)
Kategori Lukisan Terbuka
1. Muhammad Syafiq Kholid
Dari : UiTM, Perak
2. Rahimah Misnon
Dari : Kuala Kubu Bharu
3. Ruslinda Sidek
Dari : Kuala Kubu Bharu
4. Norlizah Razali
Dari : Kuala Kubu Bharu
Kategori Lukisan Sekolah Menengah
1. Law Jing Ying
Sekolah : SMK KKB
2. Teng Hong Yu
Sekolah : SMK Bandar Baru Batang
Kali
3. Ong Jia Xin
Sekolah : SMK Bandar Baru Batang
Kali
4. Nur Batisyia Lokman
Sekolah : SMK KKB
Kategori Lukisan Sekolah Rendah
1. Muhammad Irsyad Izzudin Mohd Isa
Sekolah : Sekolah Rendah Ampang Pechah
2. Kabilan A/L Thurarayan
Sekolah : SJKT KKB
3. Kirtina A/P Lagendran
Sekolah : SJKT KKB
4. Nyaana Sunthari A/P Muniandy
Sekolah : SJKT KKB