Blog Archive

Tuesday 24 April 2018

KENYATAAN MEDIA PESTA BURUNG ANTARABANGSA NEGERI SELANGOR : WINGS OF KKB 2018



Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) buat kali ke - 7 akan menganjurkan Program Wings Of KKB 2018: Selangor International Birds Race pada 20-22 April 2018.  Penganjuran tahun ini mengekalkan laluan tahun 2017 iaitu dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser melalui Taman Warisan Negeri Selangor (Selangor Heritage Park)

Bagi Edisi ke-7 ini, penganjuran masih mengekalkan acara utama iaitu pertandingan “Birds Watching”, pertandingan “Birds Photography” dan pertandingan “Birds Painting”. 

Aktiviti  “Birds Watching” format masih dikekalkan dengan kategori sekolah akan berlangsung pada 21 April 2018 di Kuala Kubu Bharu sahaja manakala bagi pertandingan “Birds Watching” Kategori Terbuka, International Invitation dan IPT akan bermula pada 21 April 2018 di Kuala Kubu Bharu dan berakhir pada 22 April 2018 di Hotel Shahzan Inn, Bukit Fraser.

Penyertaan yang diterima pada tahun 2017 menggalakkan sama ada dari dalam dan luar negara. Acara ini berjaya menarik perserta seramai 815 orang menyertai 3 acara utama (Bird Race, Bird Photography dan Bird Painting) dan 2 acara sampingan (Explorace dan Mewarna) yang di sediakan oleh penganjur. Bagi penyertaan dari luar negara, pihak penganjur telah menerima penyertaan dari Indonesia, Singapura, Filipina, Australia, Sudan, Mesir, Netherland, Kemboja, Ethiopia dan Taiwan.

Bagi penganjuran tahun 2018, sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan. Tahun ini berjaya menarik penyertaan seramai 1640 orang menyertai acara – acara yang ditawarkan. Selain itu penganjuran kali ini juga menerima penyertaan peserta luar negara iatu dari Taiwan, Kemboja, Filipina, India, Switzerland dan Nepal.

Kejayaan penganjuran kali ke tujuh ini mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor serta Toursim Malaysia, Toursim Selangor, Kolej Komunti Hulu Selangor, Universiti Putra Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Selain itu penglibatkan pihak NGO iaitu  Kelab Pelancongan dan Rekreasi Daerah Hulu Selangor, Birds, Nature And Us dan Persatuan Pelukis Perak turut menyumbangkan kepakaran dalam menjayakan program ini. Sumbangan turut diterima dari pihak swasta iaitu dari PERODUA selaku kereta rasmi acara, Hotel Shahzan Inn, Ismyne.com , Omicron, YPS Development Sdn. Bhd. Dan Spring Fresh Mineral Water.

Senarai Pemenang Pesta Burung Antarabangsa Negeri Selangor : Wings Of KKB 2018

Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1. Nama Kumpulan : The Bird Warrior
    Nama Ahli : Mohd Haikal Iskandar, Arif Aizuddin, Ilyasa'
    Sekolah : Sek. Keb. Sungai Buaya
    Jumlah Spesis : 37

2. Nama Kumpulan : The Wonder Pets
    Nama Ahli : M. Fauzan, M. Rafiq, M. Wafry
    Sekolah : Sek. Keb. Sungai Buaya
    Jumlah Spesis : 27

3. Nama Kumpulan : Bee Eater
    Nama Ahli : Fatin Raudah Izzati, Daniella Najiha, Anis Athirah
    Sekolah : Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali
    Jumlah Spesis : 26

Birds Race Kategori Sekolah Menengah

1. Nama Kumpulan : Oriental Magpie-Robin
    Nama Ahli : Muhd Salman Al Farisi, Muhammad Irfan, Ammar Harith
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Dato' Hj. Kamaruddin
    Jumlah Spesis : 36

2. Nama Kumpulan : Young Sparks
    Nama Ahli : Ahmad Nassharudin, Muhammad Abiq, Nazmi Farhan
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Dato' Hj. Kamaruddin
    Jumlah Spesis : 33 (Masa: 11.42 a.m)

3. Nama Kumpulan : Great Argus
    Nama Ahli : Muhd Khalid Al-Walid, Muhammed Irfan, Shaiful Alief
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Kuala Kubu Bharu
    Jumlah Spesis : 33 (Masa : 11.46 a.m)

Birds Race Kategori Anak Istimewa

1. Nama Kumpulan : Tempua
    Nama Ahli : Siti Nursuhaidah, Abdul Manaf, Aidil Shah
    PDK : Felda Kg. Soeharto
    Jumlah Spesis : 32

2. Nama Kumpulan : Melati Putih
    Nama Ahli : Norfarhana, Nurul Izaty, Mohd Naim Nasir
    PDK : Serendah
    Jumlah Spesis : 26

3. Nama Kumpulan : Kenari
    Nama Ahli : Salasiah, Mohd Napiah, Norashidah
    PDK : Felda Kg. Soeharto
    Jumlah Spesis : 20

 Birds Race Kategori IPT

1. Nama Kumpulan : PSIS Perling 2
    Nama Ahli : Azril Effi, Abdul Halim Nuruddin, Mohamad Faizzi
    IPT : Politeknik Sultan Idris Shah 
    Jumlah Spesis : 56

2. Nama Kumpulan : PSIS Perling 3
    Nama Ahli : Muhammad Syafiq, Muhammad Emeer Haiqal, Muhammad Thaqif
    IPT : Politeknik Sultan Idris Shah
    Jumlah Spesis : 53

3. Nama Kumpulan : Alpha Raptor
    Nama Ahli : Siti Nur Syamimi, Fauzan Fahmi, Aisyah
    IPT : Universiti Putra Malaysia
    Jumlah Spesis : 50
  
 Birds Race Kategori International Invitation

1. Nama Kumpulan : CBGA
    Nama Ahli : Johnny Orn, Sikol San, Chea Sea
    Asal : Kemboja
    Jumlah Spesis : 110

2. Nama Kumpulan : CBC
    Nama Ahli : Tan Chanra, Sahn Sophoan, Chhoun Kunthea
    Asal : Kemboja
    Jumlah Spesis : 88

3. Nama Kumpulan : Katala - Filipin
    Nama Ahli : Indira Dayang L.Widmann, Peter Wdmann, Yeeling
    Asal : Filipina
    Jumlah Spesis : 74

 Birds Race Kategori Terbuka

1. Nama Kumpulan : Taman Negara Flycather
    Nama Ahli : Amazani Deris, Ramlan Jaafar, Izharuddin Deris
    Asal : Pahang
    Jumlah Spesis : 105

2. Nama Kumpulan : Mountain Imperial Pigeon
    Nama Ahli : Nurul Liyana, Faznee Chong, Kimberly Tung Kim Lean
    Asal : Bukit Fraser
    Jumlah Spesis : 93

3. Nama Kumpulan : Taman Negara Wild Bird
    Nama Ahli : Sabri Abdullah, Basri, Amin
    Asal : Pahang
    Jumlah Spesis : 87

Kategori Fotografi Burung

1. Nama : Norydthzuan Bin Muhamad 
    Asal : Johor Bahru 

2. Nama: Nik Muhamad Hisamuddin Mohamad
    Asal : Pulau Pinang 

3. Nama: Mohd Zohairi Mohd Tahir
    Asal : -

Kategori Lukisan Sekolah Rendah

1. Nama : Sharifah Nidal Sofea Binti Syed Abdullah
    Sekolah : Sek. Keb. Kuala Kubu Bharu 1 

2. Nama: Aina Syazwira Bt. Mohd Zambri
    Sekolah : Sek. Keb. Kuala Kubu Bharu 

3. Nama: Muhamad Anas Bin Ikhwan
    Sekolah : Sek. Keb. Kuala Kubu Bharu

Kategori Lukisan Sekolah Menengah

1. Nama : Yong Min Kuan
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Kuala Kubu Bharu 

2. Nama: Nurul Asyhikin Bt. Yunus
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Kuala Kubu Bharu 

3. Nama: Nurul Iffah Bt. Yunus
    Sekolah : Sek. Men. Keb. Kuala Kubu Bharu

Kategori Lukisan Terbuka

1. Nama : Muhammad Syafiq B. Kholid
    Asal : UiTM Shah Alam 

2. Nama: Ameer Hamizan B. Nor
    Asal : Bukit Beruntung 

3. Nama: Siti Humaini Bt. Syed Ahmad
    Asal : UiTM Perak      

Sunday 1 April 2018

Borang Penyertaan / Application Form

Muat turun borang penyertaan Wings Of KKB : Selangor International Birds Fair 2018
Download application form Wings Of KKB : Selangor International Birds Fair 2018

Right click and save as