Blog Archive
Friday, 7 October 2016
Wednesday, 27 April 2016
KENYATAAN MEDIA WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRDS RACE
Majlis Daerah
Hulu Selangor (MDHS) mengadakan Program Wings Of KKB 2016: Selangor International
Birds Race yang berlansung pada 22-24 April 2016. Penganjuran adalah untuk
tahun ke 5 sejak penganjuran pertama pada 2012.
Resorts World
Genting sekali lagi menjadi penaja utama
buat bagi tahun keempat. Kolobrasi yang baik antara pihak MDHS dan Resort
Worlds Genting ini berobjektifkan memupuk kesedaran orang ramai amnya dan
pelajar sekolah khasnya kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti
memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat
Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta
pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi keindahan flora
dan fauna dan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pilihan bagi peminat
aktiviti memerhati burung dari dalam dan luar negara.
Penganjuran kali kelima
ini masih mengekalkan kategori sekolah, kategori terbuka dan fotografi. Seperti
tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan
memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori
terbuka, peserta perlu bergerak 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan
5 checkpoint Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu
Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World
Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung
pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud
yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk menjumpai pelbagai spesis
burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.
Berdasarkan
beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak pakar – pakar burung beberapa
spesis yang menarik menunggu untuk ditemui oleh peserta seperti Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking)
di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul) di
Taman Milenium, Little Cucko Dove
(Tekukur Api) di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered
Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai
Kedondong dan bagi kawasan Peranginan Genting pula pelbagai spesis burung
istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros
Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted
Barbet (Burung Takur Api), Red-headed
Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang
lain.
Masih mengekalkan
format pertandingan seperti tahun sebelumnya, penganjuran kali ini mengekalkan
Pertandingan mengenalpasti burung kategori sekolah yang akan di jalankan di
Kuala Kubu Bharu pada 23 April 2016 (Sabtu), manakala bagi kategori terbuka dan
IPT akan bermula pada 23 April 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 24 April 2016
(Ahad) di Awana Hotel Genting Highlands. Pihak penganjur juga mengekalkan
pertandingan fotografi burung kategori Profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti
sampingan yang dijalankan adalah pertandingan Explorace bagi kanak – kanak
sekolah.
Buat julung
kalinya, penganjuran kali ini memperkenalkan pertandingan lukisan burung yang
telah dijayakan bersama Persatuan Pelukis Perak. Pertandingan ini dibahagikan
kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan
Terbuka. Pertandingan ini telah menerima sambutan dengan menerima penyertaan
sebanyak 71 lukisan bagi ketiga – tiga kategori untuk di adili.
Bagi pertandingan
memerhati burung (birds race)
sambutan yang diterima amat menggalakkan bagi ketiga – tiga kategori iaitu
Terbuka, IPT, Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah. Bagi kategori terbuka, 21 kumpulan dan 11 kumpulan bagi
kategori IPT telah menyertai dan pada tahun ini penyertaan dari luar negara
turut diterima iaitu dari Indonesia, Kemboja, India dan Belanda. Bagi ketegori
Sekolah Menengah 31 kumpulan telah menyertai serta 28 kumpulan pula bagi
kategori sekolah rendah. Pertandingan fotografi burung pula telah menerima
penyertaan seramai 17 orang dengan penyertaan luar negara diterima dari
Singapura.
Bagi aktiviti
sampingan iaitu explorace, sebanyak 32 penyertaan diterima dari Sekolah
Menengah dan 19 penyertaan dari Sekolah Rendah. Penganjuran kali ini juga
melibatkan anak – anak istimewa dari Pusat Didikan Khas Daerah Hulu Selangor
melibatkan 6 kumpulan.
Penganjuran ini
akan diteruskan bagi tahun 2017 pada 21 –
23 April 2017 dan penambahbaikan akan terus dibuat oleh pihak penganjur. Keputusan
Pertandingan Wings Of KKB 2016 : Selangor International Birds Race adalah
seperti berikut:
Birds Race Kategori Terbuka
1. Nama Kumpulan : Indah Myna Jumlah
Spesis : 89
Dari :
Kuala Kubu Bharu
2. Nama Kumpulan : Trogon Crew Jumlah
Spesis : 79
Dari : Kuala Lumpur
3. Nama Kumpulan : Barbet Jumlah Spesis : 67
Dari : Kuala Lumpur
4. Nama Kumpulan : Sam Veasna Centre Jumlah Spesis : 67
Dari : Cambodia
Birds Race Kategori IPT
1. Nama Kumpulan : Kirik – Kirik Jumlah
Spesis : 50
IPT : Universiti Airlangga,
Indonesia
2. Nama Kumpulan : Striped Wings Birder Jumlah Spesis : 45
IPT : UPM, UiTM Kolej Pusrawi
3. Nama Kumpulan : Magpie Robin Jumlah Spesis : 43
IPT : PERHEBAT
4. Nama Kumpulan : PSIS 3 Jumlah Spesis : 34
IPT : Politeknik Sultan Idris, Sabak
Bernam
Birds Race Kategori Sekolah Menengah
1. Nama Kumpulan : Azam Birders Jumlah
Spesis : 30
Sekolah : SMK DHK, Kuala Kubu Bharu
2. Nama Kumpulan : Minivet Jumlah Spesis : 29
Sekolah : SMK Taman Desa 2, Rawang
3. Nama Kumpulan : The Eagle Jumlah
Spesis : 28
Sekolah :
4. Nama Kumpulan : Harming Bird Jumlah Spesis : 27
Sekolah : SMK KKB
Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1. Nama Kumpulan : Little Heron Jumlah
Spesis : 23
Sekolah : SK Taman Bunga Raya 2
2. Nama Kumpulan : Pikau Junior Jumlah Spesis : 21
Sekolah : SK KKB1
3. Nama Kumpulan : Scout Team Jumlah
Spesis : 20
Sekolah : SK Ampang Pechah
4. Nama Kumpulan : Rising Raptor Jumlah Spesis : 20
Sekolah : Home School
Bird Race Anak Istimewa
1. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (A)
PDK : Ampang Pechah
2. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (B)
PDK : Ampang Pechah
3. Nama Kumpulan : Burung Merak
PDK : Soeharto
Kategori Fotografi
1. En. Mohamad Zohairi (Batu Kawan, Pulau
Pinang)
2. En. Tan Gim Cheong (Singapura)
3. En. Md Zaki Bin Kosrin (Selangor)
4. Pn. Nor Akmar Binti Yacob (Georgetown,
Pulau Pinang)
Kategori Lukisan Terbuka
1. Muhammad Syafiq Kholid
Dari : UiTM, Perak
2. Rahimah Misnon
Dari : Kuala Kubu Bharu
3. Ruslinda Sidek
Dari : Kuala Kubu Bharu
4. Norlizah Razali
Dari : Kuala Kubu Bharu
Kategori Lukisan Sekolah Menengah
1. Law Jing Ying
Sekolah : SMK KKB
2. Teng Hong Yu
Sekolah : SMK Bandar Baru Batang
Kali
3. Ong Jia Xin
Sekolah : SMK Bandar Baru Batang
Kali
4. Nur Batisyia Lokman
Sekolah : SMK KKB
Kategori Lukisan Sekolah Rendah
1. Muhammad Irsyad Izzudin Mohd Isa
Sekolah : Sekolah Rendah Ampang Pechah
2. Kabilan A/L Thurarayan
Sekolah : SJKT KKB
3. Kirtina A/P Lagendran
Sekolah : SJKT KKB
4. Nyaana Sunthari A/P Muniandy
Sekolah : SJKT KKB
Tuesday, 29 March 2016
Community Birds Watching
Dont know what is Bird Watching?
What they do during Bird Watching?
How can I be good Birders?
We have the answer. Join us in Community Birds Watching every Saturday in April @ Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu
Come and meet the Birders
We will meet you on 2 , 9 & 16 April 2016
Thursday, 17 March 2016
CALLING ALL BIRDS PHOTOGRAPHER .. WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRDS
RACE WILL BE HELD ON 22 - 24 APRIL 2016. COME AND CELEBRATE OUR 5 YEARS
ANNIVERSARY
PERTANDINGAN FOTOGRAFI BURUNG UNTUK WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL
BIRDS RACE
PERATURAN
DAN SYARAT
BIRD PHOTOGRAPHY COMPETITION FOR WINGS OF KKB 2016 :
SELANGOR BIRDS RACE
RULES AND REGULATIONS
Penekanan
utama peraduan ini adalah konservasi hidupan burung serta habitat mereka.
Peserta pertu mematuhi Kod Etika Memburung dan Prinsip Etika Amalan di Lapangan
setiap masa bagi meminimakan gangguan terhadap burung serta habiat mereka.
Kegagalan mengikuti sebarang peruntukan atau kaedah akan menyebabkan hilang
kelayakan bertanding
The priority of the contest is conservation of
birdlife and its habitat. Participants must strictly follow the CODE OF BIRDING
ETHICS and the PRINCIPLES OF ETHICAL FIELD PRACTICES at all time and to
minimize disturbance to birdlife and their habitat Failure to follow any
contest provisions or rules will result in disqualification.
1.
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan peserta antarabangsa
yang menggunakan kamera
DSLR dan Mirrorless sahaja. Penyertaan
dengan kamera jenis lain akan ditolak.
I. This contest is open to all Malaysians and
International participants using DSLR or Mirrorless cameras. Entries
for other type of cameras will be disqualified.
2. Semua peserta akan bermula di check point satu di Kuala Kubu
Bharu (KKB) pada pukul 8.00 pagi, 23hb April 2016 dan seterusnya ke check point
selanjutnya dan akan tamat di check point terakhir di Awana @ Resorts World
Genting pada pukul 1.00 tengahari,
24hb April 2016
2.
All participants
will start at first check point at Kuala Kubu Bharu (KKB) at 8.00 am on the 23rd
April 2016 and proceed to the various check points and will end at the
last check points at Awana @ Resorts World Genting at 1.00pm on the 24th April 2016.
3.
Gambar-gambar terhad kepada burung yang LIAR, TIDAK
TERLATIH, SIHAT , BEBAS dan diambil di dalam kawasan serta tempoh yang
ditetapkan-
3.
Photographs
must be of WILD, UNTRAINED, HEALTHY, FREE-FLYING birds shot within the designated areas and period as mentioned above.
4.
Gambar-gambar burung bersarang akan ditolak.
4.
Photographs
of nesting birds will be disqualified
5.
Pengunaan flash' adalah TIDAK DIBENARKAN dan penyertaan
akan ditolak. 5. Flash Photography is NOT allowed and will
be disqualified.
6.
Gambar- gambar, secara keseluruhannya, mestilah kerja
asal Peserta. Pengoptimuman imej-imej seperti cropping, pembetulan warna.
sedikit pelarasan exposure, kontras, pcmbuangan bintik debu, penyingkiran noise
dan menajam imej adalah boleh diterima. Imej yang diubah secara digital
melebihi dari yang disebut di atas akan ditolak.
Peserta perlu membawa
peralatan sendiri ke Awana Hotel Genting Highlands untuk proses pengoptimuman
imej.
6. The photographs in its entirety must be a single
work of original material taken by the participant.Optimization of images such
as cropping, colour correction, small adjustments to exposure, contrast,
dust spot removal, noise removal and
sharpening is acceptable. Digitally altered images beyond those mentioned above will be disqualified
Participants are to bring their own equipment to Awana Hotel Genting
Highlands for image optimizations.
8.
Maklumat EXIF imej mesti kekal utuh bagi membuktikan
tarikh imej diambil.
8. EXIF information for the image must be intact to prove
the date taken.
9. Imej-imej
mesti dikemukakan didalam format JPEG dengan ukuran lebar maksima 1024 piksel
pada tepi panjang tanpa border dan watermark. Peserta mungkin akan diminta
untuk mengemukakan imej asal beresolusi tinggi. Kegagalan mengemukakan fail
yang diperlukan akan menyebabkan penyertaan ditolak
9.Images
must be submitted in JPEG format with a maximum width of 1024 pixels on the
long edge without borders and watermarks. Participants may be required to
provide the original high resolution mages whenever requested. Failure to
provide requested files will
result in disqualification
10. Yuran
Pendaftaran RM
50.00 tersebut adallah termasuk Gala Dinner di Awana Hotel Genting
Highlands dan cenderahati yang disediakan oleh Plhak penganjur.
10.
The registration fee of
RM 50.00 includes a
Gala Dinner at Awana Hotel Genting Highlands and goodies provided by the
organizers.
11.
Gambar Penyertaan tidak dikcmbalikan. Pcserta kekal memegang hakcipta gambar
yang dikemukakan. Namun, pihak penganjur dibenarkan mengguna atau menerbit
semula imej-imej penyertaan sebagai bahan promosi Wings of KKB pada hadapan dan
kredit nama jurugambar akan diberi tanpa melibatkan yuran atau bayaran.
11. The entries are non-returnable. Participants retain
the copyright of the
photographs submitted. However, the entries may be used
or reproduced by the
organisers for promotional purposes of future Wings Of
KKB and Photo Credits will
be acknowledged without fee or compensation.
12. Pihak Penganjur tidak
akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan kepada
penyertaan
13.
Penyerahan gambar-gambar peraduan ialah pada pukul 1.00 tengahari. 24hb
April 2016 di Awana Hotel Genting Highlands
13. Submission of photographs will be at 1.00 pm on the 24th April 2016 at Awana
Hotel Genting Highlands.
14.PENGHAKlMAN
Peraduan melibatkan satu (1) pusingan penilaian. Panel terdiri dari
Jurugambar Burung Berpengalaman dan Pakar Burung akan menilai semua penyertaan
yang layak berdasarkan kriteria penghakiman yang tersebut di bawah.
14. JUDGING
Contest consists or one (1) round or evaluation.
A panel or Bird Photographers and Bird experts will evaluate all eligible based
on the following Judging Criteria
(a) Kecemerlangan
Teknikal
(a)
Technical
Excellence
Detail, ketajaman, exposure, warna,
Details,
Sharpness, exposure, colours,
(b)
Kecemerlangan Seni
Komposisi
keseluruhan, Pose, Detik, Perlakuan yang menarik, Keaslian, Mood dan Impak.
(b) Artistic
Excellence
Overall
composition, Pose, Moments, Interesting Behavior, Originality, Mood and Impact
(c) Markah lebih tinggi akan diberikan kepada spesis yang jarang
dijumpai
(c) Less Common species scores
higher points
Keputusan
Penghakiman adalah muktamad. Pemenang akan dimaklumkan semasa Majlis
Penyampaian Hadiah.
Decisions of the
Judges are final and binding. Winners will be notified at the prize giving
ceremony.
15. Gambar-gambar
yang menang akan dipamerkan oleh pihak Penganjur, diikuti dengan
Majlis
Penyampaian Hadiah yang akan diadakan pada 24hb April 2016 jam 3.00 petang di
Dewan Kenyalang, Awana Hotel Genting Highlands
15. WINNING
PHOTOS will be exhibited by the organizer, followed by the Prize giving
ceremony to be held on 24th April' 2016 at 3.00 p.m at Dewan Kenyalang, Awana
Hotel Genting Highlands
Subscribe to:
Posts (Atom)